Tanah pukau semula jadi
Tanah pukau elok lestari
Tanah pukau menjuluk hati
Tanah pukau dekat di dahi
Bolehlah bila banyak bekal
Terbang jauh sayup ke mana benua
Bolehlah bila banyak bekal
Selenggang, selimput, sila santai setikar
Riuh Riau tepi bakau
Riuh Riau tepi danau
Senyap Riau tanpa dikau
Sayap Riau tanah pukau
Riuh Riau segenap rantau
Kiri kanan pokok niau
Tanah raya ke tanah pulau
Terik sejuk tanah pukau
Sungai berliku
Dalam dan dangkal
Sungai berbatu
Jernih dan keruh
Mendedahkan jalur jalur mujur
Tempat bersemai menuai syukur